Tertuduh, Aishah Omar, 62, dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh Majistret Mohd. Azali Ibrahim apa­bila mengaku bersalah atas ke­salahan menyembunyikan wang milik orang lain pada September 2016.

Mahkamah memerintahkan Aishah menjalani hukuman penjara itu ber­mula dari tarikh tangkap iaitu semalam.

Mengikut pertuduhan, Aishah didakwa dengan curangnya menyem­bunyikan wang milik Goo Sue @ Goh Sue Peng, 42, untuk tujuan pembayaran cukai kerajaan sebanyak RM3,800, di mana wang itu dimasukkan ke dalam akaun milik tertuduh.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.