Syarikat penerbangan tambang murah itu hari ini berkata, penerbangan terus KK-Bangkok akan dikendalikan oleh AirAsia Thailand dengan promosi tambang semua dalam satu bermula daripada RM99 untuk perjalanan sehala bermula 16 Ogos 2018 sehingga 13 Ogos 2019. 

Tempahan bagi tiket promosi ini boleh didapati mulai hari ini sehingga 17 Jun ini. 

Ketika ini, laluan Malaysia-Thailand yang dikendalikan oleh AirAsia melibatkan penerbangan Kuala Lumpur (KL) - Bangkok (84 kali seminggu), Pulau Pinang-Bangkok (14 kali seminggu), Johor Bahru-Bangkok (11 kali seminggu), KL-Hat Yai (11 kali seminggu), KL-Hua Hin (empat kali seminggu), KL-Chiang Mai (tujuh kali seminggu), KL-Phuket (tujuh kali seminggu) dan KL-Krabi (21 kali minggu). - Bernama