Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan tambang murah itu berkata, sempena Pilihan Raya Umum ke-14 ini, tawaran itu hanya sah untuk warganegara Malaysia sahaja dan mesti dibuat dalam masa 10 hari dari tarikh pengumuman mengundi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia iaitu 10 April.

Menurut kenyataan itu, tetamu boleh memilih tawaran pilihan berikut dengan mengisinya di dalam e-Borang yang boleh didapati di laman web support.airasia.com.

"Pilihan pertama: Tukar Penerbangan: Membuat satu penukaran tarikh untuk semua tempahan tanpa caj tambahan penukaran penerbangan untuk menangguhkan perjalanan sehingga tiga puluh hari dari tarikh perjalanan asal, tertakluk kepada ketersediaan tempat  duduk dan perbezaan tambang atau cukai; atau,

"Pilihan dua: Akaun Kredit: Mengekalkan nilai tambang dalam akaun Ahli AirAsia BIG anda  untuk perjalanan masa akan datang dengan AirAsia, dan ditebus dalam masa 90 hari kalendar bermula dari tarikh yang dikreditkan," katanya. - Bernama