Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, JAS Pahang telah mengambil sampel air su­ngai di kawasan ber­kenaan untuk dianalisis susulan aduan daripada orang ramai yang diterima beliau menerusi aplikasi WhatsApp pada 12 dan 19 Disember lalu.

Katanya, siasatan lanjut JAS Pahang juga mendapati berlaku aktiviti perlombongan di kawasan Hutan Simpan Tersang dan usaha sedang dijalankan bagi mengenal pasti sama ada lombong terbabit berope­rasi secara sah atau tidak.

“Saya memandang serius pencemaran ini ke­rana Sungai Telang me­rupakan sumber utama­ yang digunakan penduduk kampung untuk kegunaan harian seperti minuman, mencuci pakaian dan menangkap ikan.

“Saya telah mengarahkan JAS untuk menggunakan apa juga kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 untuk mengekang pencemaran ini,” kata­nya dalam satu kenya­taan semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.