Jalan itu ditutup kira-kira pukul 6.30 pagi apabila dinaiki air 0.3 meter dan ditutup kepada semua kenderaan kerana berisiko.

Sementara itu, turut ditutup jambatan merentasi Sungai Ketil menghubungkan Bandar Lama dengan Kampung Kerinting apabila air melimpah 1.5 meter.

Menurut seorang pengguna jalan itu, Chin Chan Hong, 45, hujan lebat bermula pukul 2 pagi sebelum berhenti pukul 6 pagi.

Katanya, selepas dua jam hujan berhenti keadaan air sungai berkenaan melimpah naik hingga menghalang kenderaan untuk melaluinya.

“Kejadian air sungai melimpahi tebing itu kerap berlaku apabila hujan lebat lebih lima jam.

“Saya juga terkejut apabila dalam perjalanan dari rumah di Kampung Kuala Tuang untuk ke bandar ini terhalang dengan limpahan air sungai itu. Saya terpaksa menunggu lebih setengah jam sebelum air sungai berkenaan surut semula dan jalan itu dibuka kepada semua kenderaan," katanya.

Sementara, Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah, Fadhlil Wafi Nordin ketika dihubungi mengesahkan kejadian jalan itu ditutup pada pukul 8.45 pagi.

Bagaimanapun, katanya, jalan itu dibuka semula setengah jam kemudian apabila banjir kilat yang melimpahi permukaan jalan surut dengan cepat. - K! ONLINE