Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, penambahan kadar pemberian daripada 20 meter padu kepada 25 meter padu air itu adalah berdasarkan kepada purata penggunaan sebulan bagi setiap isi rumah di negeri berkenaan.

"Daripada data yang kita peroleh, kadar purata penggunaan air oleh setiap isi rumah di negeri ini adalah sekitar 25 hingga 26 meter padu sebulan.

"Maka dengan jumlah 25 meter padu yang kita berikan tahun depan kepada golongan B40, boleh dikatakan mereka tidak perlu membayar bil air," katanya ketika menggulung perbahasan Usul Peruntukan Pembangunan Belanjawan Selangor 2019 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Amirudin (PKR-Sungai Tua) juga percaya pelaksanaan pemberian air percuma itu mungkin boleh dilaksanakan sekitar Mac atau April tahun depan bagi memberi peluang kerajaan negeri menyediakan data terperinci mengenai penerima golongan B40. - Bernama