Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Sahabudin Abd. Manan berkata, dua lelaki berusia 56 tahun dan 63 tahun yang merupakan peniaga itu ditahan dalam serbuan bermula dari pukul 5.30 petang hingga 6.30 petang.

Menurutnya, hasil serbuan pertama di sebuah rumah di Kampung Seberang Kota, Kuala Kedah, pihaknya telah menahan seorang lelaki berusia 56 tahun dan merampas 14 botol dengan setiap botol mengandungi 10 liter air ketum.

“Jumlah keseluruhan air ketum yang dirampas di rumah itu ialah 140 liter,” katanya pada sidang akhbar di IPK Kedah di sini semalam.

Sahabudin memberitahu, da­lam serbuan di sebuah rumah lagi di Kampung Hilir Tandop, Kubang Rotan, polis turut menahan seorang lelaki berusia 63 tahun dan merampas 27 botol air ketum dengan setiap botol me­ngandungi 1.5 liter bahan ber­kenaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.