Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Paya Terendam, Abdul Karim Ahmad berkata, bekalan air bersih itu disalurkan kepada hampir 400 penduduk kampung sejak lebih tiga ming­gu lalu.

Katanya, takungan itu dibina selepas takungan lama telah tercemar ekoran kerja-kerja pembalakan secara rakus yang dilakukan di Hutan Simpan Bukit Enggang (HSBE) di sini.

“Takungan baharu itu dibina secara gotong-royong oleh penduduk kampung dengan dibantu oleh Perbadanan Menteri Besar Kedah dan syarikat pembalakan yang memakan kos lebih RM40,000,” katanya ketika ditemui di tapak pembalakan HSBE di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.