Dalam lawatan bersama beberapa agensi dan media, Ahmad Shabery turut berkesempatan menemui pengusaha sangkar ikan yang terlibat termasuk nelayan di kawasan berkenaan.

Selain menghulurkan bantuan banjir, beliau turut menyampaikan Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) kepada hampir 400 nelayan di Pulau Aman dan Teluk Bahang.

Dalam pada itu, kementerian akan menyalurkan peruntukan RM2.93 juta bagi sektor perikanan yang terjejas banjir di Pulau Pinang baru-baru ini. - K! ONLINE