Majlis angkat sumpah berkenaan dilakukan di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Istiadat mengangkat sumpah dan menerima watikah perlantikan bermula pada pukul 9 malam.

Majlis itu turut disaksikan Mufti Terengganu, Datuk Zulkifli Muda dan bekas Menteri Besar ke-14, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman.

Dalam majlis sama, 10 ADUN Pas Terengganu turut mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Mereka adalah Satiful Bahri Mamat (Paka), Dr. Alias Razak (Bukit Tunggal), Mohd. Nor Hamzah (Bukit Payung), Dr. Azman Ibrahim (Jabi) dan Datuk Tengku Hassan Tengku Omar (Ladang).

Ariffin Deraman (Alor Limbat), Hanafiah Mat (Cukai), Wan Sukairi Wan Abdullah (Wakaf Mempelam), Dr. Mamad Puteh (Kuala Berang) dan Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman (Kota Putera) turut dilantik sebagai Exco kerajaan negeri Terengganu.

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) di Terengganu menyaksikan Pas menang 22 kerusi DUN dan enam kerusi Parlimen, manakala Barisan Nasional (BN) menang 10 kerusi DUN dan dua Parlimen. - K! ONLINE