Menurutnya, Allahyarham banyak memberi sumbangan semasa memegang jawatan Menteri Besar dan menteri di beberapa kementerian dahulu.

Katanya,  beliau juga mengenali  Allahyarham sebagai seorang yang sentiasa bekerja keras dan sangat bertanggungjawab semasa menjalankan tugasnya.

"Allahyarham merupakan seorang negarawan yang banyak berjasa pada negeri dan negara ini.

"Saya doakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarham dan takziah kepada ahli keluarga atas pemergian beliau," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Long Chuan di sini hari ini.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 75 tahun di kediamannya di Pantai Dalam, Kuala Lumpur kira-kira pukul 6 pagi tadi.
 
Allahyarham pernah menjadi Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada 1981 dan Menteri Pertanian pada 1986 sebelum dilantik menjadi Menteri Besar Kedah pada 1996 hingga 1999. - K! ONLINE