"Saya rasa mereka (akar umbi) bukanlah kecewa sangat. Dalam pilihan raya lepas pun (calon) ialah dari Bersatu. 

"Mereka mungkin menyampaikan pandangan mereka dan semua pandangan itu telah dinilai dengan sebaik mungkin," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Dalam laporan akhbar sebelum ini, Amirudin selaku Pengerusi PH Selangor menyatakan terdapat suara di peringkat akar umbi yang mahukan kepimpinan parti memilih calon daripada PKR bertanding dalam PRK DUN Semenyih. 

Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, pihaknya tetap berpegang kepada konsep muafakat dalam parti dan akan memberi sokongan kepada mana-mana calon yang mewakili PH. - Bernama