Dalam kejadian pada 20 Oktober 2013 itu, mangsa lelaki berusia 50 tahun dijemput suspek untuk menandatangani surat akuan dan ditunjukkan dokumen permohonan tanah kerajaan bagi ternakan udang di Sungai Buah Beras, Pontian, di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, suspek meminta mangsa membuat bayaran sebanyak RM300,000 dan berjanji untuk memulangkan wang berkenaan jika permohonan gagal.

"Sekitar 2014 dan 2015 mangsa difahamkan tanah berkenaan telah diberikan kepada pihak lain dan suspek sekali lagi menjanjikan gantian dengan meminta wang tambahan sebanyak RM190,000 untuk tanah di Penor, Kuantan.

"Setelah menjelaskan bayaran tambahan mangsa cuba menghubungi Datuk berkenaan namun gagal menyebabkan mangsa membuat laporan polis semalam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - K! ONLINE