Azis yang merupakan Ketua Wira Parti Warisan Sabah (Warisan) itu berkata, projek tersebut adalah untuk mengatasi masalah banjir yang berlarutan sejak empat tahun lalu dapat diselesaikan secara menyeluruh.

Menurutnya, peruntukkan tersebut telah diluluskan oleh Kerajaan Pusat sebelum ini tetapi dikatakan terpaksa ditangguhkan kerajaan baharu bagi tujuan penilaian dan kajian semula.

“Melihat kepada keperluan diharapkan peruntukan ini dipercepatkan kerana masalah banjir kilat ini menjejaskan para penduduk yang menetap lebih di 10 buah seperti Kampung Rampayan, Kampung Delima, Kampung Telipok dan Taman Bukit Sepanggar.

“Kami meminta agar perkara ini dipandang serius baik peringkat kerajaan negeri mahupun Kerajaan Persekutuan. Tindakan segera perlu dilaksanakan kerana bencana alam ini ia menyebabkan rakyat mengalami kerugian harta benda serta terdedah kepada aspek keselamatan,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat di beberapa lokasi banjir di sekitar Sepanggar dekat sini malam tadi.

Turut hadir, Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai, Azhar Matussin, ADUN Luyang, Phoong Jin Zhe dan ADUN Inanam, Kenny Chua.

Sementara itu, Boon Hai memberitahu, semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi terlibat perlu bekerjasama menyelesaikan isu tersebut.

“Ini tanggungjawab bersama, usah menunding jari kepada pihak tertentu sahaja apabila banjir kilat berlaku," jelasnya. - K! ONLINE