Calon Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, surat permohonan maaf berkenaan telah dihantar kepada pejabat Perdana Menteri pukul 9.40 pagi tadi.

Menurutnya, beliau telah diberi nasihat, penjelasan dan arahan oleh Anwar berhubung pelaksanaan peralihan kuasa yang dibangkitkannya melalui panggilan telefon selama 41 minit semalam.

"Dengan ini saya memohon maaf atas keterlanjuran bicara dan semoga kebimbangan saya tentang usaha dan cubaan mengagalkan peralihan kuasa tersebut adalah perkara yang tidak benar," katanya dalam satu sidang akhbar di sini sebentar tadi.

Bagaimanapun, Abdullah berkata beliau akan tetap membangkitkan isu berkenaan sekiranya masih ada 'tangan langit' yang cuba mengagalkan peralihan kuasa berkenaan.

Katanya, beliau yakin pengukuhan parti di dalam Pakatan Harapan adalah agenda yang wajib dipertahan dan diperkukuhkan. - K! ONLINE