Kejadian berlaku pukul 1 pagi itu apabila sepasukan anggota polis yang melakukan rondaan di Jalan Semenyih terserempak dengan sebuah kenderaan utiliti sukan jenis Porsche Cayenne yang dinaiki dua lelaki.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, anggotanya cuba menahan kende­raan itu selepas semakan mendapati warna Porsche Cayenne tersebut tidak sepadan dengan warna didaftarkan.

“Ketika cuba ditahan untuk pemeriksaan lanjut, pemandu Porsche Cayenne telah memecut laju kereta sejauh kira-kira 4.5 kilo­meter untuk me­larikan diri sebelum terbabas di bahu Jalan Naqsyabandiah.

“Kedua-dua suspek keluar dari kereta dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah anggota bertugas sehingga memaksa polis membalas tembakan ke arah mereka bagi mempertahankan diri,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.