Pakar psikologi, Puveshini Rao berkata, situasi dunia sekarang sudah berubah kerana pada hari ini, individu yang dipercayai dan rasa selamat bersama mungkin mempunyai niat yang tidak baik terhadap ahli keluarga yang lain.

"Kita tidak lagi boleh melabel individu yang tidak dikenali itu berbahaya serta mengajar kanak-kanak untuk teknik mengenali individu lain bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

"Oleh itu, Kita perlu menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa dan penjaga bagi memelihara keselamatan anak-anak dengan mengambil berat mengenai setiap orang dewasa disekeliling mereka," katanya kepada ibu bapa yang menyertai satu ceramah baru-baru ini.

Puveshini memberitahu, ibu bapa dinasihatkan untuk menggunakan pendekatan yang lebih praktikal untuk mendiidk anak-anak mereka memahami maksud sebenar situasi berbahaya.

Katanya, anak-anak perlu diajar untuk lebih berhati-hati ketika bersama dengan setiap orang dewasa disekeliling mereka termasuklah perlu sentiasa berwaspada dengan semua maklumat peribadi yang ingin didedahkan.

"Selain itu, mereka (ibu bapa) juga diajar mengenai teknik pemilihan perkataan sesuai digunakan dalam frasa keselamatan agar apabila anak mereka tahu membezakan individu yang ingin mengambil kesempatan ataupun yang berniat baik.

"Justeru, kita perlulah memperkasakan hubungan dan komunikasi antara ibu bapa dan anak-anak bagi memastikan keselamatan ahli keluarga terjamin pada masa akan datang," ujarnya. - K! ONLINE