Sebanyak 15 kek pelbagai bentuk dan warna, hasil kerja tangan chef tempatan dipersembahkan di Dewan Santapan Utama, Istana Negara di sini hari ini.

Turut hadir, anakanda Tengku Puteri Iman Afzan dan Tengku Puteri Jihan Azizah 'Atiyatullah.

Persembahan kek tersebut kepada baginda merupakan kali pertama sejak Sultan Abdullah dan Tunku Azizah secara rasminya menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong pada 31 Januari lepas.

Antara dipersembahkan ialah kek buah-buahan seberat 30 kilogram (kg) daripada Hotel Palace of the Golden Horses yang menampilkan tenunan songket Pahang dan gading gajah serta lembing yang melambangkan kedaulatan Raja. - Bernama