Ketibaan Seri Paduka berdua di Wisma Perwira ATM di sini disambut Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong; Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin; dan pegawai-pegawai kanan ATM.

Turut hadir pada majlis itu Panglima Tentera Darat Jeneral, Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi dan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

Seramai kira-kira 3,000 tetamu dan jemputan warga ATM hadir ke majlis tersebut.

Yang di-Pertuan Agong turut berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 50 anggota ATM yang cedera yang diraikan pada majlis itu.

Mereka terdiri daripada kalangan pegawai dan anggota ATM yang cedera semasa penugasan operasi dan latihan atau terlibat dalam kemalangan semasa di dalam perkhidmatan. - Bernama