Hadir sama pada majlis pelantikan yang berlangsung di bilik mesyuarat pejabat Sultan Kedah itu ialah Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Pelantikan Mohd. Firdaus, 32, adalah bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan ADUN Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan.

Amiruddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Pasu sebelum ini memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Syarikat Milik Kerajaan Negeri, Industri dan Pelaburan serta Agama negeri.

Mukhriz dijadual mengadakan sidang akhbar pada pukul 3 petang ini berhubung pelantikan Exco baharu tersebut dan penyelarasan portfolio beberapa Exco termasuk Mohd. Firdaus.

Mohd. Firdaus yang berasal dari Kampung Lubuk Buaya, Kedawang, Langkawi dekat sini merupakan Ketua Pemuda Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Langkawi. - K! ONLINE