Lima wanita Thailand itu diberkas bersama 19 pelacur lain yang berusia antara 20 hingga 37 tahun dalam serbuan selama empat jam bermula pukul 12 tengah malam selepas disyaki menjalankan aktiviti persundalan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Low Chee Leong berkata, seorang daripada yang ditahan didapati positif dadah, manakala lima lagi tidak memiliki dokumen.

“Pemeriksaan mendapati ke­semua yang ditahan datang ke negara ini sebagai pelancong dan menjalankan aktiviti pelacuran dengan kadar harga antara RM70 sehingga RM165 bagi setiap pelanggan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.