Bagaimanapun, mayat bayi berusia lima bulan itu ditemui dalam peti sejuk di rumah pe­ngasuhnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves, Selayang pada Rabu minggu lalu.

Satu sumber memberitahu, hasil siasatan mendapati sebelum mangsa ditemui mati, pengasuh berusia 33 tahun yang memandikan mangsa dikatakan tergelincir dalam tandas menyebabkan bayi itu cedera.

“Kepala Adam Rayqal dipercayai terhantuk pada simen tandas di rumah tersebut namun keadaan bayi ketika itu masih sedar.

“Selepas itu, suspek warga tempatan itu memberikan susu kepada mangsa sebelum dia dikejutkan dengan tangisan kuat Adam Rayqal,” kata sumber itu kepada Kosmo! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.