Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Saifuddin Nasution berkata, peniaga sepatutnya mengambil perhatian tentang perkara itu dengan memastikan tiada kenaikan harga terhadap barangan yang dikecualikan SST.

“Ada kemungkinan berlaku kenaikan harga ke atas barangan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh peniaga yang memang tidak ada maklumat SST.

“Kemungkinan kedua kenaikan harga pula apabila peniaga memindahkan kenaikan kos upah, borong, sewa pejabat dan pengangkutan kepada barang yang tidak sepatutnya dikenakan cukai itu,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.