Setelah hampir lapan tahun menantikan kehadiran cahaya mata, Achey atau nama lengkapnya, Mohd. Nasir Hamzah, 32, dan isteri Nor Hasanah Yahaya gembira akhirnya doa mereka dimakbulkan.

Menerusi perkongsian Achey di Instagam, dia menjelaskan punca kerap tidak muncul bersama isteri kerana sibuk menjaga anak mereka yang diberi nama Nur Tiara Zinnirah Nasir di kampung.

"Assalamualaikum. Bismillah. Alhamdulilah rezeki Allah hadir dengan pelbagai cara . Selepas lapan tahun bersama masih belum punya rezeki dikurniakan cahaya mata.

"Namun, pada 22 Mei lalu di Ramadan keenam, anak ini hadir untuk mengisi kekosongan yang lama itu," katanya.

Anggota kumpulan Bocey itu turut memberitahu bayi berkenaan dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur pukul 8.05 malam pada 15 Mei lalu. - K! ONLINE