Penganugerahan terbabit membolehkan Ahli Parlimen Marang itu menerima wang tunai RM10,000, pakej mengerjakan umrah, persalinan, piala dan sijil penghargaan.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan anugerah tersebut kepada Abdul Hadi pada sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di Stadium Negeri di sini hari ini.

Turut berangkat Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail. 

Hadir sama Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokthar.

Sementara itu, keluarga Alisah Mohamad, 69, dari Kemasik, Kemaman pula dinobat sebagai Keluarga Mithali sekali gus menerima wang tunai RM10,000, piala dan sijil penghargaan.

Anugerah Aktivitis Saudara Kita dan Tokoh Dakwah pula diberikan kepada Nur Zalea Jasmin Abdullah dan Dr. Mohd. Hamdan Muhamed.

Mereka masing-masing menerima wang tunai RM3,000, piala dan sijil penghargaan. - K! ONLINE