Beliau tiba dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Perdana berwarna merah namun, tujuan kehadirannya di SPRM setakat ini masih belum dapat dipastikan.

Selain itu, SPRM juga masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

Sebelum ini, Abdul Azeez yang juga bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) pernah ditahan oleh SPRM bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penerimaan rasuah daripada sebuah syarikat kontraktor bagi satu projek melibatkan TH September lalu.

Beliau disiasat mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) - K! ONLINE