A'Famosa dalam satu kenyataan  memberitahu, pihaknya menawarkan beberapa pakej penginapan termasuk Pakej Jimat bermula daripada RM63 seorang di kondo studio keluarga, manakala RM85 bagi dua hari satu malam di hotel resort. 

"Pakej ini termasuk tiket masuk ke Old West dan sarapan pagi bufet di Golfer Terrace. 

"Kita juga menyediakan pakej untuk pasangan pada harga RM150 semalam bagi penginapan di hotel resort standard," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Jelasnya, bagi pengunjung yang mempunyai ahli keluarga ramai, A'Famosa turut menawarkan penginapan di villa standard dilengkapi empat bilik dan kolam mandi, selain sarapan pagi percuma untuk lapan orang pada harga RM495. 

"Kita juga menyediakan  pakej premium dengan harga rendah untuk penginapan di villa suite yang mempunyai  dua bilik, kolam renang dan jakuzi pada harga bermula RM555 bagi satu malam," katanya. 

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengunjungi kaunter promosi MATTA Fair di Dewan 5 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula 15 hingga 17 Mac ini. 

Pengunjung juga boleh menghubungi di talian 03-2781 8888 atau melayari laman web rasmi di www.afamosa.com. - K! ONLINE