Menurut Pengerusi 99 Kesan, Muhd. Ali Zakariah, sumbangan itu susulan terkesan dengan masalah kewangan yang melibatkan wartawan Utusan Malaysia dan Kosmo! khususnya di Biro Selangor.

"Pihak Utusan Malaysia dan Kosmo! banyak membantu 99 Kesan dan Peranti selama ini dan bantuan hari ini adalah sumbangan ahli-ahli kami sendiri.

"Apa yang berlaku bukan kemahuan mana-mana pihak. Kami hadir membantu setakat terdaya," katanya selepas majlis penyampaian sumbangan kepada Penolong Ketua Biro Kosmo! Selangor, Mohd. Yunus Yakkub.

Turut hadir Naib Presiden Peranti, Mohamed Azmi Omar.

Muhd. Ali berkata, pihaknya berharap masalah kewangan yang melanda Utusan akan segera berakhir.

"Saya berharap kerjasama antara 99 Kesan, Peranti dan Utusan akan berterusan sampai bila-bila," katanya. - K! ONLINE