Naib Canselor UPNM Jeneral Datuk Abdul Halim Jalal berkata, jumlah yang merangkumi 96.4 peratus daripada keseluruhan pelajar yang menamatkan pengajian tahun lepas itu membuktikan kebolehpasaran graduan universiti berkenaan.

"Program yang kami terapkan di sini lebih menjurus kepada pelbagai aspek (kerohanian dan kepimpinan) yang membuatkan mereka "laku" di luar untuk mendapat pekerjaan.

"Pihak UPNM akan meneruskan lagi usaha melahirkan lebih ramai graduan agar mempunyai penempatan dalam sektor pekerjaan awam mahu pun swasta di masa akan datang," katanya pada Majlis Pendaftaran Pelajar Baharu dan Taklimat Naib Canselor Program Asasi dan Diploma Sesi Akademik 2018/2019 di sini hari ini.

Seramai 976 penuntut telah terpilih melanjutkan pelajaran ke program asasi dan diploma di UPNM bagi sesi kali ini berbanding sesi lepas sebanyak 627 orang.

UPNM yang ditubuhkan pada 2006 menawarkan sebanyak tiga program asasi iaitu Asasi Pengurusan dan Strategi, Asasi Kejuruteraandan Teknologi serta Asasi Perubatan selain tiga program diploma iaitu Diploma Pengurusan Logistik, Diploma PentadbiranPerniagaandan Diploma Ketangkasan Pertahanan. - Bernama