Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, setiap pelajar terbabit termasuk bukan Islam di peringkat diploma dan ijazah masing-masing akan menerima duit raya sebanyak RM50.

"Pemberian sumbangan duit raya kepada pelajar UniSZA yang julung kali diadakan ini melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM495,500.

"Ia mencerminkan komitmen pengurusan universiti untuk terus menjaga kebajikan pelajar," katanya pada Majlis Iftar Perdana bersama pelajar UniSZA dan komuniti sekitar di sini malam tadi.

Terdahulu beliau menerima replika cek sumbangan duit raya berjumlah RM495,5000 tersebut daripada Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti UniSZA, Datuk Dr. Muhammad Nur Manuty.

Hassan Basri berkata, pemberian sumbangan duit raya kepada pelajar tersebut diharap dapat menyuburkan lagi budaya kasih sayang di samping mengekalkan kegembiraan dalam kalangan pelajar UniSZA sepanjang mereka melanjutkan pelajaran di universiti berkenaan. - K! ONLINE