Azrin Shala, 49, berkata, beliau tidak akan menyerah kalah terhadap kes yang sedang dihadapi pusat jagaan warga emas berkenaan kerana yakin pihaknya tidak bersalah.

“Saya akan tetap meneruskan perkhidmatan ini selepas ini kerana ini adalah tanggungjawab yang diamanahkan kepada kami. Waris warga emas yang kami jaga turut meminta kami menyambung semula perkhidmatan kami.

“Warga emas terbabit telah diambil oleh ahli keluarga mereka sementara kes ini selesai,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Pusat Jagaan Warga Emas dan Terapi Fitrah di Taman Seremban 3 itu diarah tutup oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bermula hari ini.

Ia berikutan dakwaan empat bekas pekerja pusat jagaan itu mendakwa berlaku penderaan keatas warga emas di premis itu.

Setakat semalam polis telah mengambil keterangan seramai 10 saksi dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 351 / 352 Kanun Keseksaan. - K! ONLINE