Itulah ayat yang sesuai digunakan untuk menggambarkan mengenai isu pembalakan secara rakus yang dilakukan di Kuala Wook, Pos Pasik di sini sehingga memaksa masyarakat Orang Asli membina sekatan sejak dua minggu lalu.

Wakil penduduk Orang Asli Kuala Wook, Jimi 
Angah, 43, berkata, pihak pembalak telah membawa keluar jentera serta peralatan untuk mengangkut dan menebang kayu balak sekali gus menghentikan kerja menggondolkan hutan.

Katanya, segala peralatan dan jentera itu dike­luarkan secara berperingkat sejak tiga hari lalu.

“Kami anggarkan lebih 20 jentera telah dikeluarkan tanpa membawa apa-apa kayu balak.

“Kami berpuas hati dan inilah yang kami mahukan bahawa syarikat pembalakan harus mengosongkan kawasan kerja mereka. Orang Asli gembira apabila jentera pembalak keluar melepasi kawasan sekatan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.