Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan, Mustafa Along berkata, mereka sebaliknya akan membina semula halangan tersebut bagi mengekang aktiviti pencerobohan di kawasan mereka.

Katanya, halangan itu dibina sejak enam bulan lalu, namun telah dirobohkan oleh sekumpulan kira-kira 50 lelaki dalam kejadian kelmarin.

“Ketika ini, masyarakat Orang Asli masih lagi berkumpul di kawasan sekatan dan tidak akan berganjak daripada mengawal sekatan di Pos Tohoi, Pos Bihai dan Pos Pasik.

“Kami akan membina semula halangan yang dirobohkan oleh lebih 50 lelaki yang berlagak samseng itu. Kami juga telah membuat lima laporan polis malam tadi (kelmarin) selepas berasa terancam,” katanya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.