Festival tersebut antara lain turut menyediakan 55 buah tapak pameran  selain dimeriahkan dengan aktiviti seperti pertandingan skulptur taman, melukis dan mewarna untuk kanak-kanak, fotografi, demonstrasi masakan serta bengkel cara penjagaan orkid dan  bonsai.

Penganjuran kali keenam KLBOS17 yang disertai 15 buah negara Asia termasuk Brunei, Jepun, Thailaind dan China itu menyasarkan kunjungan 70,000 orang pengunjung sepanjang sembilan hari ia berlangsung.

Dalam pada itu, pencinta orkid dan bonsai yang berminat boleh mengunjungi festival bertaraf antarabangsa ini  bermula dari  pukul 9 pagi sehingga 10 malam dan masuk adalah percuma. - K! ONLINE