Ribut kira-kira 10 minit dalam kejadian pukul 6.40 petang itu mengakibatkan beberapa bumbung rumah diterbangkan angin selain terdapat rumah yang ditimpa pokok.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang, Zuraini Mohamed Rawian berkata, antara kampung terlibat  termasuk Kampung Blok B, C, D, O, J, K dan PV Sawah Sempadan.

Katanya, turut mengalami nasib sama adalah penduduk di Kampung Parit 1, Parit 2, Parit 3 dan Parit 4 serta Kampung Sungai Tiram Jaya dan Kampung Parit Serong.

"Kebanyakannya pokok yang tumbang juga telah menghalang laluan di Kampung-kampung terlibat.

"Anggota bomba menggunakan peralatan mesin gergaji dan kapak bagi melakukan kerja-kerja memotong pokok di kawasan terjejas," katanya di sini hari ini. - K! ONLINE