Berdasarkan kajian sama yang dilakukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sejak tahun 2010, hanya 15.5 peratus dan 8.4 peratus daripada 24.1 juta pengguna Internet di seluruh negara masing-masing terdiri daripada golongan berusia 19 tahun ke bawah dan 50 tahun ke atas.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari berkata, pengguna Internet di negara ini terdiri daripada 59.4 peratus pengguna lelaki manakala baki 40.6 peratus adalah wanita.

Beliau berkata, berdasarkan kajian yang dilakukan oleh SKMM, gelaja terbabit berkait rapat dan mempunyai hubungan langsung dengan kesihatan mental seseorang iaitu semakin murung seseorang individu, seorang mudah mereka ketagih kepada Internet.

"Berdasarkan maklum balas daripada 725 responden mendapati sebanyak 89 peratus daripada mereka yang ketagih melayari Internet, 60 peratus menunjukkan tahap keresahan manakala 32 peratus lagi mengalami tahap kemurungan yang tinggi.

"Kajian oleh SKMM ini telah bermula sejak tahun 2010 sehingga kini menerusi tiga fasa yang dijalankan bersama pihak akademik daripada beberapa universiti swasta di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis Berkhatan dan Bertindik Perdana peringkat Parlimen Hulu Terengganu yang disertai seramai 135 kanak-kanak berusia lingkungan lima hingga 12 tahun di Dewan Sivik Ajil di sini hari ini. - K! ONLINE