Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Penerangan dan Pendidikan negeri Datuk Ayub Rahmat berkata jumlah itu adalah sama seperti malam tadi.

Seramai 60 mangsa daripada 16 keluarga berada di PPS Balai Raya Gemereh IV Batu Badak; 10 mangsa daripada dua keluarga di PPS Balai Raya Kampung Pogoh Tengah dan empat mangsa daripada sebuah keluarga di PPS Pusat Aktiviti Belia Kampung Tekam, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pemantauan berterusan masih dilakukan oleh agensi terlibat kerana peningkatan paras air Sungai Muar, Segamat pada masa ini. - Bernama