Pengarah Pendidikan Perak, Datuk Mat Lazim Idris berkata, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya iaitu seramai 707 orang.

“Sebilangan besar calon yang memperoleh keputusan cemerlang ini terdiri daripada kumpulan calon yang menduduki sembilan dan 10 mata pelajaran.

"Indeks Gred Purata Negeri (GPN) bagi peperiksaan SPM tahun lalu juga menunjukkan peningkatan sebanyak 0.19 mata iaitu 4.98 berbanding 5.17 pada tahun 2016,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pengumuman analisi keputusan SPM 2017 bagi negeri Perak di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Dato Ahmad Said di sini hari ini. - K! ONLINE