Beliau berkata, Yayasan Kebajikan Negara (YKN), telah membuka lima Anjung Singgah yang berfungsi sebagai pusat khidmat sosial bagi menangani masalah isu gelandangan.

Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, seramai 2,315 orang telah berdaftar dengan Pusat Transit Gelandangan Kuala­ Lumpur sejak di­buka pada 2016.

“YKN juga menyediakan perkhidmatan Anjung Kasih yang kini mempu­nyai 10 penginapan sementara bagi keluarga yang mengiringi pesakit yang mendapat rawatan di hospital.

“Sehingga Januari 2019, sejumlah 62,551 orang te­lah mendapat manfaat daripada penubuhan Anjung Kasih seluruh negara,” katanya pada Majlis Penyampaian Tajaan dan Tandatangan Memorandum Rakan Strategik YKN di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif YKN, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim.

Pada majlis itu, Wan Azizah menyaksikan sesi penyerahan tajaan dan tandatangan memorandum bersama 12 rakan strategik YKN yang terdiri daripada syarikat berkaitan kerajaan, syarikat korporat, dan badan bukan kerajaan. – Bernama