Ketua Pegawai AADK Bachok, Rusdi Yusof berkata, menjadi kelaziman bagi OKP di daerah ini wajib hadir program di masjid setiap bulan yang membolehkan mereka mendekati majlis ilmu dan bergaul dengan komuniti setempat selain menunaikan ibadat wajib dan sunat.

“Kesemua OKP wajib menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah, mengikuti ceramah agama bersama khariah, sesi kaunseling dan motivasi, tidur di masjid dan bangun semula pada pukul 4 pagi untuk solat tahajud dan program Qiamullail.

"Alhamdulillah, AADK mendapat kerjasama padu daripada pengurusan masjid dan penerimaan yang positif dalam kalangan khariah masjid berkenaan berkomunikasi dan mendamping OKP terbabit," katanya ketika ditemui di sini hari ini. - K! ONLINE