Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 3.57 pagi itu, tiada laporan kecederaan dan kemalangan jiwa berlaku.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.59 pagi.

Katanya, sepasukan 19 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau dan BBP Bintulu kemudian diarahkan ke lokasi kejadian untuk melakukan kerja-kerja memadam kebakaran.

"Apabila tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati api sedang marak membakar rumah panjang 11 pintu tersebut.

"Pemeriksaan mendapati, kesemua penghuni rumah panjang berkenaan berjaya keluar menyelamatkan diri," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ling Hii menambah, pasukan bomba menggunakan sumber air dari jentera pemadam dan air Sungai Selitut dalam operasi memadam kebakaran itu.

"Punca kebakaran dan jumlah kerugian akibat kejadian itu masih lagi dalam siasatan," katanya. - K! ONLINE