"Istana mengalu-alukan sokongan rakyat," kata jurucakap Presiden, Harry Roque dalam satu kenyataan semalam.

Hasil kaji selidik Stesen Cuaca Sosial menunjukkan 64 peratus rakyat Filipina menyokong penutupan Pulau Boracay bagi membolehkan pemulihan dilakukan selepas Presiden, Rodrigo Duterte menyifatkan pulau peranginan itu umpama "takung najis". 

Duterte mengarahkan Pulau Boracay ditutup bermula pada 26 April lalu dan menandatangani Perisytiharan No. 475 yang meletakkan kampung Manoc-Manoc, Balabag dan Yapak berada di bawah keadaan bencana. - Bernama