Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, justeru golongan remaja perempuan terutama yang hamil luar nikah digesa tidak membuang bayi yang dilahirkan sebaliknya menyerahkannya kepada pihak berkuasa atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) agar bayi tersebut dapat diselamatkan untuk dijadikan anak angkat pasangan memerlukan.

Katanya, setakat ini, kira-kira 1,000 pasangan yang sudah berkahwin tersenarai dalam senarai menunggu pengambilan anak angkat JKM dan mereka sentiasa menunggu peluang berkenaan.

"Fokus utama kami sekarang ini ialah untuk menyelamatkan nyawa bayi yang dilahirkan kerana mereka tidak bersalah dan nyawa mereka sangat berharga. Golongan remaja perempuan yang melahirkan anak luar nikah ini boleh mendapatkan bantuan dengan menelefon Talian Kasih 15999 dan JKM akan ke lokasi di mana mereka berada untuk melihat apa yang boleh dibantu.

"Ada banyak ibu bapa yang sedang menunggu peluang untuk menjaga bayi ini dan sekiranya bayi tersebut diserahkan kepada JKM atau tidak dibuang di tempat yang tidak sepatutnya, nyawa mereka akan dapat diselamatkan," katanya pada pemberita selepas mengadakan lawatan di Sekolah Harapan Negeri Melaka di sini hari ini. - K! ONLINE