Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, proses pembubaran masih sedang dijalankan dan perkara tersebut tidak boleh dilakukan secara sebarangan.

"Pembubaran berkenaan masih belum selesai sepenuhnya namun kita sedang berusaha menyelesaikan perkara terbabit secepat mungkin.

"Kita tidak boleh melakukan pembubaran secara sebarangan kerana kita memerlukan waran untuk melakukan penstrukturan semula," katanya ketika sidang akhbar selepas Program Lawatan Hospital Sempena Peringatan Hari Polis Ke-212 di Hospital Selayang di sini hari ini.

Tambahnya, dalam tempoh sebulan hingga dua bulan, pucuk pimpinan terbaharu akan diselesaikan.

Terdahulu, media sebelum ini melaporkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bercadang membubarkan beberapa pasukan khas dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai langkah penstrukturan semula badan tersebut.

Penstrukturan terbabit dilakukan bagi melakukan penambahbaikan dalam jabatan-jabatan di bawah agensi itu. - K! ONLINE