“Kami telah memindahkan berpuluh-puluh mayat dan mangsa yang cedera ke hospital dan operasi menyelamat masih dijalankan,” kata seorang sukarelawan, Habu Saleh.

Seorang kakitangan di Hospital Besar Mubi berkata setakat ini, mereka telah menerima 60 mayat dan berpuluh-puluh mangsa yang tercedera akibat dua letupan di lokasi berasingan itu.

Dalam perkembangan sama, seorang sumber hospital yang enggan dikenali berkata, angka kematian berkemungkinan meningkat memandangkan proses pemindahan itu masih belum selesai.

“Kebanyakan yang cedera berada dalam keadaan kritikal selain mungkin gagal diselamatkan,” katanya.

Seorang penduduk di Mubi, Abdullahi Labaran pula berkata, serangan pertama berlaku di sebuah masjid berhampiran pasar ketika jemaah mahu menunaikan solat Zuhur 

“Penyerang meletupkan dirinya lima minit sebelum solat itu bermula sekitar pukul 1.20 petang (waktu tempatan),” katanya.

Kano sering kali menjadi sasaran serangan maut yang dipercayai dilancarkan oleh kumpulan militan Islam, Boko Haram. - AFP