Selepas dilaporkan hilang pada pukul 8 pagi Isnin lalu, pasukan penyelamat pada pukul 8 semalam menemui Stanley Kho, 22, berhampiran trek pendakian yang terletak kira-kira 300 meter dari Pos Kawalan Bomba (PKB).

Semasa ditemui Stanley dalam keadaan lemah, kelaparan, kesejukan dan hanya berseluar pendek manakala baju serta telefonnya hilang.

Lokasi mangsa ditemui sudah diterokai pasukan penyelamat sebelum ini namun tidak mene­mui Stanley yang bekerja sebagai penjual kereta di Kuching. Stanley masih bujang dan berasal dari Sri Aman.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.