Pengarahnya, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, rampasan dilakukan menerusi 'Ops Ghost' oleh Cawangan Penguat Kuasa Farmasi hasil maklumat orang awam dan risikan yang dilakukan sejak awal tahun ini.

“Hasil serbuan mendapati, premis terbabit melakukan aktiviti pengilangan sejenis produk kesihatan untuk pesakit kencing manis yang dijual pada harga RM180 sebotol.

“Selain tidak berdaftar de­ngan kementerian, hologram produk yang didakwa menggunakan ekstrak epal itu juga mempunyai logo

Sijil Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) palsu,” katanya kepada pemberita di Pejabat Cawangan Penguat Kuasa Farmasi Negeri Kelantan di sini, semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.