Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Zainal Yusof berkata, kampung terlibat ialah Kampung Haji Ali, Kampung Chengal, Kampung Paya Kechik dan Kampung Paya Dalam.

“Turut terjejas ialah penduduk di Kampung Bangau Parit, Kampung Tebing Tinggi Sanggang dan Kampung Batu Satu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kira-kira 280 mangsa terlibat kini menumpang di rumah keluarga dan saudara mara masing-masing. - K! ONLINE