Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Rosli Ab. Rahman berkata, seramai 38 pelajar pula dikesan menagih dadah, tujuh lagi ditahan kerana memiliki bahan tersebut dan selebihnya disiasat mengikut Akta Racun 1952.

"Mereka didapati menggunakan dadah jenis sintetik. Selain faktor rakan sebaya, pelajar ini juga dipengaruhi rakan dari luar iaitu mereka yang sudah tidak bersekolah.

"Perasaan ingin tahu, dilihat sebagai antara punca masalah ini. Polis akan bekerjasama dengan pihak sekolah dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan untuk memastikan masalah ini tidak berlarutan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas Mesyuarat Permuafakatan Polis Bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini hari ini.

Mengulas berhubung mesyuarat itu, Rosli memberitahu, pihaknya turut merekodkan rekod 19 kes buli dan jenayah kekerasan membabitkan pelajar, manakala 37 sekolah disenaraikan sebagai bermasalah.

"Terdapat juga enam kes rogol. Walaupun mereka (pelajar) melakukan (hubungan seks) secara suka sama suka, tapi apabila membabitkan gadis bawah umur, ia tetap dikira (didefinisikan) sebagai rogol," katanya. - K! ONLINE