Dalam serbuan pada pukul 8.15 pagi itu, kesemua suspek berusia antara 12 hingga 65 tahun ditahan untuk tujuan pemeriksaan dokumen oleh pihak Maritim Malaysia (APMM) Daerah Tawau.

Pengarah APMM Daerah Tawau, Kapten Maritim Romli Mustafa berkata, pemeriksaan turut melibatkan enam buah bot jongkong yang membawa awak-awak terbabit.

"Pemeriksaan terhadap kesemua suspek mendapati 52 daripada mereka gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah.

"Bagaimanapun, seramai 59 lagi individu dibebaskan," katanya hari ini.

Menurut Romli, kesemua suspek dikatakan bekerja di atas bagang di kawasan perairan tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. - K! ONLINE